Setelah kedengaran sedikit demi sedikit maklumat mengenai Windows 8, kini beberapa paparan skrin Windows 8 terawal mula kelihatan dan tersebar di internet. Ianya masih lagi kekalkan rekabentuk seperti Windows 7, namun melaluinya, beberapa fungsi baru turut diperlihatkan.
Melalui laman Win7China, ianya memperkatakan yang mana Windows 8 kelak akan mempunyai fungsi Restore To Factory Settings, yang mana membolehkan anda mengembalikan komputer anda seperti pemasangan Windows 8 yang asal dalam tempoh masa kurang 2 minit.
Selain daripada itu, laman tersebut juga memperkatakan yang mana pemasangan Windows 8 adalah antara yang terpantas, dimana pemasangan Windows 8 Milestone 3 lebih 2.5 kali ganda berbanding sebelum-sebelum ini. Masa untuk mengemaskini Windows juga lebih pantas berbanding sebelumnya.
Kini avatar Windows Live ID diperlihatkan pada desktop
Pengguna turut sama boleh menambah avatar berbentuk video
Pemasangan perkakasan turut diperlihatkan pada bar Windows
Selain daripada itu, Windows 8 juga dijangka akan membawakan AppStore terbina dengan kebolehan untuk log masuk menggunakan Windows Live ID.