Setelah memperkatakan yang mana mereka sedang menguji kereta yang dipandu automatik, kini Google memperlihatkan kereta yang dipandu automatik mereka melalui dua video. Menariknya melalui dua video yang diperlihatkan, ianya menunjukkan yang kereta yang dipandu automatik itu mampu dipandu dalam pelbagai keadaan.
Seperti dapat dilihat, Google masih lagi mengujinya buat masa ini, dimana pemandu ganti sentiasa bersedia untuk mengambil-alih keadaan. Namun begitu, melalui dua video yang diperlihatkan, ianya menunjukkan yang mana kereta yang dipandu secara automatik ini semestinya akan menjadi salah suatu perkara yang dinantikan ramai.