Cari @ Amanz

Microsft Melancarkan IE6Countdown.com

Oleh Aman

Link Copied!

Microsoft kini melakukan sesuatu yang baru, dimana mereka telah melancarkan suatu laman baru, iaitu IE6 Countdown. Melalui laman tersebut, Microsoft membolehkan para pengguna melihat kematian pelayar web mereka yang paling bermasalah, iaitu Internet Explorer 6.


Laman IE6 Countdown

Buat masa ini, sebanyak 12% pengguna seluruh dunia masih menggunakan Internet Explorer 6, dimana di Malaysia sahaja sebanyak 3.4% pengguna menggunakan pelayar web tersebut. Melalui laman tersebut, Microsoft inginkan angka ini menurun kepada dibawah 1%, dimana melaluinya Microsoft mengajak para pengguna untuk menyebarkan berita untuk rakan-rakan mereka supaya mengemaskini pelayar web mereka.

Microsoft juga dijangka bakal melancarkan pelayar web mereka yang serba baru, iaitu Internet Explorer 9 pada hujung bulan ini, dimana melaluinya ianya membawakan pelbagai fungsi baru, bersama-sama dengan rekabentuk dan antaramuka baru.


Komen ()