Firefox 4.0 Bakal Dilepaskan Tidak Lama Lagi

Firefox 4.0 Bakal Dilepaskan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 5, 2011 oleh .

Nampaknya kini Mozilla sudah menghampiri fasa-fasa terakhir sebelum pelayar web Firefox 4 yang dinantikan ramai itu dilepaskan. Hari ini, versi pembangunan Firefox 4.0 RC1 dilepaskan, yang mana dijangkakan ianya juga akan menjadi versi akhir Firefox 4.0 kelak.

Mozilla inginkan lebih 3 juta pengguna terlebih dahulu memuat-turun dan menguji pelayar web Firefox 4.0 RC1 sebelum versi akhirnya dilepaskan, supaya pelayar web Firefox 4.0 akhir nanti tidak mempunyai sebarang masalah dan melepasi pelbagai tahap kualiti.

Pada masa yang sama, dalam usaha untuk mendengar maklumbalas para pengguna, Mozilla meminta mereka tweet akan sebarang perkara berkaitan Firefox 4.0 dengan menggunakan hashtag #fx4. Mungkin kita akan dapat menggunakan pelayar web terbaru daripada Mozilla ini tidak lama lagi.

When you tweet about Firefox 4, use the #fx4 hashtag, please. Did we mention it’s going to be awesome? You’ll want to tweet a lot :) #fx4less than a minute ago via Twitter for Mac


TIPS & ULASAN