Selain daripada Google yang memperkenalkan Chrome Web Store, Mozilla turut sama memperkenalkan alternatif bebas yang lebih terbuka dikenali sebagai Open Web Apps. Ianya merupakan versi stabil pertama yang diperkenalkan oleh Mozilla.
Dengan versi stabil pertama diperkenalkan, kini para pembangun sudah boleh mula membangunkan aplikasi merkea untuknya, selain beberapa tutorial turut disediakan oleh mereka untuk memudahkan para pembangun membangunkan aplikasi untuk Open Web Apps.
Menariknya mengenai Open Web Apps adalah dimana ianya akan menyokong pelbagai platform dan sistem operasi, dan termasuk Chrome keluaran Google sendiri. Untuk mula mengujinya, para pengguna hanya perlu memuat-turun sebuah plugin tambahan, dan memasangnya pada pelayar web mereka sebelum dapat menggunakan Open Web Apps. Buat masa ini, plugin berkenaan disediakan untuk Firefox dan Chrome, dan mungkin untuk Opera akan diperkenalkan tidak lama lagi.