Office 15 Mencapai Fasa Milestone 2?

Office 15 Mencapai Fasa Milestone 2?

Diterbitkan pada Mac 5, 2011 oleh .

Selain daripada pembangunan Windows 8, Microsoft juga pada masa yang sama sedang dalam proses membangunkan aplikasi pejabat popular mereka versi baru, Office 15. Kini, ianya diperkatakan yang mana pembangunan Office 15 telah pun mencapai fasa Milestone 2.

Walaupun semua sedia maklum, yang mana Microsoft telah pun memulakan pembangunan pelayar web generasi akan datang mereka sebaik sahaja Office 2010 dilancarkan tempoh hari, informasi berkaitan Office 15 masih tidak banyak diketahui.

Beberapa laporan memperkatakan yang mana berkemungkinan besar Office 15 ini kelak akan menjadi Office 2012. Namun begitu ramai juga yang berkata dimana Microsoft tidak akan memperkenalkan generasi baru aplikasi pejabat mereka sehinggalah 2013 mahupun 2014.

Semuanya buat masa ini masih lagi pada peringkat ura-ura, dan masih tiada sebarang informasi rasmi berkaitan Office 15 daripada Microsoft buat masa ini.


TIPS & ULASAN