Cari @ Amanz

Dua tahun yang lepas, FourSquare telah melancarkan perkhidmatan mereka pada acara terkemuka SXSW, dan menjadi salah satu syarikat yang amat berjaya. Kini, pada SXSW tahun ini, FourSquare dijangka bakal menjadi salah satu tumpuan utama, dimana mereka bakal melancarkan FourSquare 3.0.

Pada acara tersebut kelak, FourSquare dijangka bakal melancarkan aplikasi baru, selain pada masa yang sama memperkenalkan beberapa lencana baru khas untuk acara tersebut, seperti sebelum-sebelum ini. Ianya masih lagi tidak diketahui apakah yang akan dibawa melalui FourSquare 3.0, memandangkan baru-baru ini, mereka telah pun memperkenalkan versi baru dengan kebolehan untuk memuat-naik gambar setiap kali check-in pada sesuatu lokasi.

Pada masa yang sama, FourSquare juga dijangka akan mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan American Express, dimana melaluinya, para pengguna American Express akan ditawarkan dengan diskaun dan tawaran hebat apabila mereka daftar masuk ke sesuatu lokasi yang tersenarai.

Mungkin juga banyak lagi perkara yang akan diperkenalkan oleh FourSquare pada acara tersebut kelak. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd