Carian
Google Maps 5.2 Untuk Android Membawakan Fungsi Yang Lebih Sosial
March 5, 2011 Aman

Kini, Google telah pun melancarkan versi terkini Google Maps untuk Android, iaitu Google Maps 5.2 yang mana membawakan pelbagai peningkatan, termasuk dua fungsi baru, iaitu kebolehan untuk ping Latitude, selain pengintegrasian Twitter pada Hotpot.

Bagi para pengguna yang menggunakan Google Places dan Google Hotpot pada aplikasi Google Maps, kini anda boleh berkongsi pelbagai perkara yang dikongsikan anda terus pada Twitter, sekaligus menjadikannya lebih sosial.

Selain daripada itu, kini Google Maps 5.2 untuk Android turut sama membawakan kebolehan untuk ping rakan-rakan Google Latitude yang berdekatan. Sebelum ini, Google telah pun menambah fungsi daftar masuk ke Latitude, dan kini, dengan kebolehan ping, anda boleh menemui rakan-rakan yang berdekatan dengan anda dalam dunia nyata sekaligus menjadikan kehidupan anda lebih sosial.

Selain itu, Google Maps 5.2 untuk Android turut membawakan fungsi carian yang ditambah-baik, memudahkan anda membuat carian sesuatu lokasi dengan lebih jitu dan tepat lagi.

Para pengguna Android, boleh memuat-turun aplikasi Google Maps terkini terus daripada Android Market, ataupun mengemaskini aplikasi sedia ada anda untuk menikmati pelbagai fungsi baru ini.

Komen