Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan BlackBerry Protect pada tahun lepas, kini Research In Motion membuka aplikasi yang masih dalam versi beta itu dimuat-turun oleh semua pengguna BlackBerry secara percuma. Namun begitu, buat masa ini, ianya dibuka kepada pengguna daripada Amerika Utara dan Amerika Latin sahaja, dan dijangka akan diperkenalkan kepada negara-negara lain tidak lama lagi.

Melalui BlackBerry Protect, Research In Motion menawarkan beberapa perkara untuk para pengguna, termasuk:

  • Kebolehan untuk menemui perantian BlackBerry anda melalui GPS.
  • Mengunci dan menetapkan kata laluan untuk perantian tersebut.
  • Mengaktifkan bunyi yang kuat padanya, untuk membolehkan anda menemui perantian anda sekiranya ianya berada dalam mode diam dan sebagainya.
  • Memperlihatkan mesej khas pada skrin utamanya, supaya sesiapa yang menemui perantian anda, tahu kepada siapakah mereka patut memulangkannya.
  • Membuat salinan data untuk simpanan.
  • Memadamkan segala data pada BlackBerry dan kad SD anda terus melalui BlackBerry Protect.

Secara ringkasnya, melalui BlackBerry Protect, ianya membolehkan para pengguna menemui dan mengetahui lokasi perantian BlackBerry mereka secara terus melalui komputer yang disambungkan kepada internet, pada masa yang sama menawarkan kebolehan untuk membuat salinan data sebagai langkah keselamatan.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah pengguna Malaysia akan dapat menggunakan BlackBerry Protect ini. Ianya juga tidak diketahui samaada kita akan dapat menguji BlackBerry Protect Beta, ataupun terpaksa tunggu hingga ke versi akhir kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd