Seperti yang dinantikan, hari ini, Web Impian telah pun memperkenalkan aplikasi Mau.my pada Facebook, sekaligus memudahkan para pengguna Facebook untuk menghantar dan melihat iklan-iklan pada laman Mau.my dengan mudah sekali.
Facebook kini telah menjadi salah satu fenomena besar, dimana terdapat lebih daripada 10 juta pengguna Malaysia yang menggunakannya, dan angka tersebut meningkat daripada hari ke hari. Dengan memperkenalkan aplikasi Mau.my pada Facebook, ianya membolehkan lebih ramai menghantar dan melihat iklan-iklan yang tersenarai pada Mau.my dengan mudah dan pantas.
Mau pada Facebook
Hantar Iklan Ke Mau.my Melalui Aplikasi Facebook
Buat masa ini, ianya masih lagi pada peringkat percubaan, namun begitu, ianya kelihatan menarik sekali, dengan masa respon yang pantas, dan antaramuka yang ringkas dan menarik. Selain daripada melalui aplikasi Facebook Mau.my, para pengguna juga boleh menghantar dan melihat iklan secara terus melalui laman rasmi Mau.my seperti biasa.