Kini, terdapat lebih daripada 25 laman yang menawarkan diskaun untuk pembelian berkumpulan, dan angka tersebut meningkat setiap minggu. Dengan angka yang besar ini, mungkin sedikit sukar untuk para pengguna mengetahui setiap tawaran mereka, dan untuk memudahkannya, ianya diura-urakan yang mana MindValley bakal memperkenalkan laman aggregator untuknya.
Melalui aggregator untuk laman-laman tawaran harian, ianya kelak akan memudahkan para pengguna mengetahui pelbagai tawaran dan diskaun yang terdapat pada bandar mereka dengan hanya merujuk kepada satu laman khas sahaja.
Walaubagaimanapun, ianya masih tidak dapat disahkan sepenuhnya buat masa ini, namun ura-ura memperkatakan yang mana MindValley sedang dalam pembangunan suatu laman yang sedemikian, dan akan memperkenalkannya tidak lama lagi.
Pada masa yang sama, MindValley juga turut mempunyai suatu laman tawaran harian yang dibangunkan dengan kerjasama bersama-sama dengan Catcha Media, iaitu DealMates.