Cari @ Amanz

Selain menjadi antara penyedia pengiklanan dalam internet terkemuka, kini Innity turut sama memperluaskan tawaran mereka kepada para pengiklan, dengan melancarkan dua lagi rangkaian baru dibawah mereka, iaitu Engage Him dan Engage Her.

Melaluinya, kini Innity membolehkan para pengiklan mensasarkan iklan mereka dengan lebih jitu lagi, sekaligus mendapatkan pulangan yang lebih banyak melalui iklan mereka pada Innity. Engage Him dan Engage Her menambah lebih daripada 1000 laman lagi dibawah mereka, termasuk beberapa laman-laman terkemuka, termasuk Goal.com, Top Gear dan Female First.

Perkhidmatan ini akan mula diperkenalkan diseluruh Asia Tenggara, bermula dengan Singapura, Malaysia dan Indonesia. Selain daripada pengiklan, para pembangun web juga boleh mendapatkan lebih pulangan dengan konsep baru ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd