Cari @ Amanz

Mungkin ramai tidak ketahui yang mana anda masih boleh tampil dengan laman web yang professional menggunakan platform Blogger, dan perkara ini ditampilkan oleh BlogMakeOver, dimana sempena dengan pelancaran mereka hari ini, mereka menawarkan sebanyak 20 tawaran percuma untuk merekabentuk laman blog anda menjadi lebih menarik.

Menariknya mengenai perkara ini adalah dimana laman mereka sendiri menggunakan platform Blogger, dan ianya kelihatan menarik sekali. Mungkin tidak lama lagi, kita akan dapat melihat lebih banyak laman web dan blog professional menggunakan platform Blogger dalam pembangunan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd