Cari @ Amanz

Dengan Ubuntu 11.04 yang akan dikeluarkan pada bulan hadapan, kini Mark Shuttleworth telah pun mengumumkan perancangan dan nama untuk Ubuntu versi seterusnya, iaitu Ubuntu 11.10. Ubuntu 11.10 yang bakal dilepaskan pada 13 Oktober 2011 kelak akan dikenali sebagai Oneiric Ocelot.

Untuk Oneiric Ocelot, para pembangun Ubuntu akan lebih menumpukan perhatian kepada Unity, dimana Ubuntu 11.10 dijangka akan diperkenalkan dalam versi Unity 2D dan juga OpenGL. Pengintegrasian perkomputeran awan juga dijangka akan diberikan perhatian padanya kelak.

Selain daripada itu, pelbagai fungsi baru padanya akan mula dibincangkan pada Ubuntu Developer Summit kelak, dan pembangunannya akan dimulakan sebaik sahaja Ubuntu 11.04 dilancarkan kepada umum pada 28 April 2011 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd