Uji Fungsi Baru Bing Melalui Bing Preview

Uji Fungsi Baru Bing Melalui Bing Preview

Diterbitkan pada Mac 7, 2011 oleh .

Microsoft telah pun mengumumkan versi baru enjin carian mereka pada September tahun lepas, dan menariknya, kini perkara tersebut boleh diuji oleh semua orang. Melalui enjin carian yang baru, Microsoft membawakan pelbagai fungsi baru, termasuk sokongan untuk carian serta-merta, seperti Google Instant.

Kini, anda boleh pra-lihat carian ketika anda sedang menaip, sama seperti Google Instant yang diperkenalkan oleh Google sebelum ini. Microsoft turut sama memperkenalkan animasi untuk menjadikan carian anda lebih menarik, serta transasi antara halaman yang lebih mudah daripada sebelumnya.

Untuk menggunakan fungsi ini pada Bing, hanya segelintir pelayar web sahaja disokong, iaitu hanya Internet Explorer 9 Beta, Google Chrome dan juga Safari 5. Para pengguna yang sedia menggunakan pelayar web tersebut, boleh pralihat pelbagai fungsi baru yang akan diperkenalkan oleh Bing melalui Bing Preview, sebelum ianya diperkenalkan kepada semua.


TIPS & ULASAN