Carian
Adakah DiGi Akan Membawa Masuk iPad 2?
March 7, 2011 Aman

Jika sebelum ini, DiGi memperlihatkan iklan kedatangan iPhone 4 dengan memperlihatkan gambar epal dengan kambing, kini DiGi membuat suatu lagi perkara sama dengan memperlihatkan gambar dua epal dengan wanita mengandung.

Mungkinkah simbolik wanita mengandung dan dua biji epal itu memperlihatkan yang mana DiGi bakal membawa masuk iPad 2 ke Malaysia? Selain daripada itu, iklan tersebut turut sama memperlihatkan tarikh 8 Mac, iaitu esok.

Walaubagaimanapun, hendaklah diambil perhatian yang mana iPad 2 akan hanya mula dijual di Amerika Syarikat bermula daripada 11 Mac ini, dan Malaysia tidak tersenarai pada senarai negara-negara yang akan menerima iPad 2 pada 25 Mac.

Ianya masih tidak diketahui apakah yang akan dibawakan oleh DiGi, memandangkan sebelum ini, iPad generasi pertama ditawarkan kepada pengguna Malaysia melalui pengedar rasmi Apple, dan bukannya melalui syarikat telekomunikasi. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi DiGi esok hari.


Iklan DiGi Pada Facebook

Komen