MY1OS Dijenamakan Semula Kepada FiMOS

MY1OS Dijenamakan Semula Kepada FiMOS

Diterbitkan pada Mac 8, 2011 oleh .

Ingatkah lagi anda dengan My1OS? Kini ianya dilihat yang mana sistem operasi tersebut akan mengguna-pakai nama FiMOS kelak, dan mungkin akan dilancarkan kepada umum pada hari ini. Pada masa yang sama, kini laman utama mereka turut menggunakan domain FiMOS.my buat masa sekarang ini.

Ianya tidak diketahui mengapakah berlakunya perubahan penjenamaan, namun disebalik nama ini, pembangunnya meletakkan maklumat tambahan, iaitu “For Malaysian, By Malaysian” (Dari Rakyat Malaysia Kepada Rakyat Malaysia).


Antaramuka FiMOS

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui lagi bilakah FiMOS akan dilancarkan kepada umum. Namun dengan penjenamaan semula ini, sistem operasi berasaskan Ubuntu ini akan dilancarkan hari ini (8 Mac). Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenainya.


TIPS & ULASAN