Cari @ Amanz

Google Navigation Kini Membantu Pengguna Elak Kesesakkan Trafik

Oleh Aman

Link Copied!

Salah satu fungsi yang dinantikan sekian lama pada Google Navigation, kini telah pun diperkenalkan oleh Google, dimana melalui beta terbaru aplikasi mereka, ianya membolehkan anda mengetahui jalan yang lebih pantas, serta membolehkan anda mengelakkan kesesakkan trafik.

Melalui beta terbaru Google Navigation, ianya memperlihatkan beberapa jalan alternatif untuk sesuatu lokasi, beserta dengan jarak perjalanan dan juga masa yang diambil untuk sampai didestinasi. Menariknya, melalui versi terkini ini ianya turut sama mengambil kira maklumat trafik, dan membolehkan anda mengelak kesesakan, dan sampai di destinasi dengan lebih pantas.

Walaubagaimanapun, amat mendukacitakan, kerana ianya masih lagi belum menyokong Malaysia, dan hanya diperkenalkan di Amerika Utara dan Eropah sahaja buat masa ini, dan khas untuk pengguna Android sahaja. Mungkin ianya akan diperluaskan kepada semua tidak lama lagi.


Google Membantu Anda Mengelak Kesesakan Trafik


Komen ()