Kini, dalam usaha untuk menjana sedikit pendapatan tambahan daripada servis panggilan suara dan video, Skype mula memperkenalkan pengiklanan pada aplikasi mereka Skype untuk Windows, dan buat masa ini, iklan hanya diperlihatkan kepada pengguna daripada US, UK dan Jerman sahaja.
Banner Iklan Pada Aplikasi Skype
Dalam memperlihatkan iklan, Skype akan menggunakan beberapa data yang tidak personal, seperti lokasi, jantina dan sebagainya, sekaligus menjadikan iklan itu lebih relevan kepada pengguna. Skype juga bekerjasama bersama-sama beberapa pihak, termasuk Groupon dalam memperlihatkan iklan-iklan yang menarik minat pengguna.
Buat masa ini, hanya versi Skype untuk pengguna sahaja akan diperlihatkan iklan, dan versi untuk pengguna perniagaan masih lagi bebas iklan. Pada masa yang sama, iklan hanya akan diperlihatkan sekali-sekala sahaja dan bukannya berterusan, supaya tidak menganggu pengalaman penggunaan perkhidmatan mereka.