Cari @ Amanz

DiGi Menawarkan iPhone 4 Kedua Tanpa Kontrak

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya iklan yang diperlihatkan oleh DiGi semalam bukanlah berkaitan dengan iPad 2, sebaliknya adalah berkenaan dengan iPhone 4. Kini, DiGi membolehkan para pelanggan baru iDiGi untuk membeli iPhone 4 yang kedua tanpa sebarang kontrak.

Perkara ini sekaligus membolehkan anda membeli Apple iPhone 4 yang kedua untuk digunakan tanpa terikat dengan sebarang kontrak. Para pengguna yang berminat hanya perlu membayar harga peranti sahaja iaitu RM2290 untuk 16GB dan juga RM2690 untuk 32GB.


Komen ()