Maxis Mulakan Pendaftaran Minat Untuk Nexus S

Maxis Mulakan Pendaftaran Minat Untuk Nexus S

Diterbitkan pada Mac 8, 2011 oleh .

Ianya sedia maklum yang mana Maxis bakal menawarkan Nexus S tidak lama lagi. Menariknya, kini Maxis telah pun membuka halaman pra-daftar untuk para pengguna terlebih dahulu mendaftarkan minat untuk mendapatkan perantian pertama yang menggunakan Android 2.3 itu.


Halaman Daftar Minat Nexus S

Buat masa ini, harga untuk peranti dan juga pakej masih lagi belum diumumkan oleh Maxis, namun begitu, para pengguna boleh mendaftarkan minat pada Maxis, dimana melaluinya, anda akan menerima kemaskini sebaik sahaja Nexus S mula dijual oleh mereka.

Nexus S

Nexus S membawakan cip pemprosesan 1GHz Hummingbird bersama-sama dengan skrin seluas 4-inch, dengan storan terbina 16GB. Ianya turut didatangkan bersama-sama dengan kamera depan dan belakang, membolehkan anda membuat panggilan video dengan mudah.


TIPS & ULASAN