PostSecret.my Membolehkan Pengguna Berkongsi Rahsia Dengan Mudah

PostSecret.my Membolehkan Pengguna Berkongsi Rahsia Dengan Mudah

Diterbitkan pada Mac 8, 2011 oleh .

Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa hari ini, Tandemic bersama-sama dengan KakiSeni dan juga Nuffnang telah pun melancarkan laman PostSecret.my dimana melalui laman tersebut para pengguna boleh berkongsi rahsia dan mendapatkan pendapat orang lain tanpa perlu mendedahkan nama.


Laman PostSecret.my

Para pengguna boleh berkongsi sebarang masalah, rahsia dan sebagainya dengan hanya memuat-naik gambar dengan mesej di laman PostSecret.my secara terus, ataupun emelkannya kepada [email protected] Melaluinya, kelak ianya akan dipaparkan kepada semua pengguna, dimana semua pengguna boleh berkongsi pendapat antara satu sama lain, dan tolong menyelesaikan masalah para pengguna lain dengan mudah.

Ianya mungkin kelak akan menjadi salah satu alternatif dalam mendapatkan khidmat kaunseling secara dalam talian. Selain daripada PostSecret.my, sebelum ini Tandemic turut memperkenalkan laman Manifesto.my bersempena dengan Hari Wanita yang jatuhnya pada hari ini – 8 Mac.


TIPS & ULASAN