Adobe Memudahkan Pengubahan Fail Flash Kepada HTML

Adobe Memudahkan Pengubahan Fail Flash Kepada HTML

Diterbitkan pada Mac 8, 2011 oleh .

Adobe hari ini melancarkan sesuatu yang menarik, dinamakan sebagai Wallaby. Melalui aplikasi tersebut, para pembangun boleh menggunakannya dengan mudah untuk mengubah Flash kepada HTML5, sekaligus memudahkan pembangunan aplikasi dan web.

Buat masa ini, aplikasi Wallaby ini masih lagi pada peringkat percubaan, namun para pembangun boleh memuat-turun dan menggunakannya, dimana Flash boleh diubahkan kepada dail HTML dengan mudah, serta diedit kemudian sama seperti anda mengubah-suai fail-fail HTML.

Perkara ini juga semestinya menarik minat para pembangun Flash, dimana kini mereka boleh menyokong lebih banyak platform seperti iOS dengan mudah dan tanpa perlu risau lagi seperti sebelumnya.


TIPS & ULASAN