Cari @ Amanz

Selepas tiga minggu sebelum ini memperkenalkan Chrome 10 Beta, hari ini, Google memperkenalkan versi stabil pelayar web tersebut kepada umum, membawakan pelbagai peningkatan, dari segi enjin JavaScript, dan juga sokongan hardware acceleration yang ditambah baik.

Chrome 10 membawakan evolusi terkini enjin JavaScript V8, iaitu Crankshaft, membawakan kelajuan pelayaran yang lebih 66% pantas daripada versi-versi sebelumnya. Selain daripada itu, Chrome 10 turut sama membawakan pengurus tetapan yang serba baru, membolehkan anda membuat pelbagai tetapan untuk pelayaran web anda dengan mudah dan pantas.

Bagi para pengguna Chrome, pelayar web anda akan dikemaskini secara automatik, selain pada masa yang sama, Chrome 11 versi pembangunan sudah pun boleh diuji.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd