Carian
FiMOS Dilancarkan Secara Rasmi
March 9, 2011 Aman

Seperti sedia maklum, MY1OS yang dijenamakan semula sebagai FiMOS telah pun dilancarkan secara rasminya semalam, sekaligus menceriakan lagi dunia sumber terbuka tempatan. Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui bagaimanakah untuk mendapatkannya, namun para pengguna boleh terlebih dahulu memuat-turun panduan penggunaannya.


Antaramuka Desktop FiMOS [via]

FiMOS versi stabil yang dilancarkan semalam menggunakan nama kod Transformasi, dan ianya dibangunkan berasaskan Ubuntu. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, ianya sesuai untuk pelbagai penggunaan, samaada sektor kerajaan, pendidikan mahupun swasta. Pada masa yang sama, memandangkan ianya dibawakan sekali bersama-sama dengan khidmat sokongan, ianya mungkin akan lebih menarik minat para pengguna tempatan.

Selain FiMOS, antara distro Linux tempatan yang aktif adalah termasuk Oshirix dan juga SimpleLinux.

Komen