Seperti yang dinantikan sebelum ini, FourSquare telah pun melancarkan FourSquare 3.0 untuk iPhone dan juga Android, membawakan pelbagai fungsi baru pada aplikasi geolokasi kesukaan ramai itu.
Melalui FourSquare 3.0, ianya membawakan enjin cadangan lokasi yang serba baru. Kini melalui tab Explore pada aplikasi tersebut, anda dengan mudah boleh melihat lokasi-lokasi menarik berhampiran mengikut kategori, samaada makanan, membeli-belah dan sebagainya.
Tab Explore Yang Baru
Lebih Ganjaran Menarik Melalui FourSquare 3.0
Selain daripada itu, ianya juga kini lebih memberikan perhatian kepada mata ganjaran, serta menawarkan pelbagai perkara menarik serta lebih sosial daripada sebelumnya. Pada masa yang sama, ianya juga membolehkan para pengguna untuk melihat pelbagai ganjaran dilokasi-lokasi berdekatan mereka dengan mudah.
Seperti biasa, para pengguna boleh memuat-turun FourSquare 3.0 terus daripada Android Market mahupun melalui iTunes secara percuma, dan mula menikmati pelbagai perkara baru padanya mulai hari ini.