Cari @ Amanz

Seperti bulan-bulan sebelum ini, Malaysian Digital Association bersama-sama dengan Effective Measure telah pun mengeluarkan laporan statistik bulanan mereka berkaitan pelayaran web oleh rakyat Malaysia. Seperti diketahui, laman web yang paling ramai layari di Malaysia adalah Facebook, dan diikuti oleh Google.

Lima laman web yang paling aktif dilayari oleh rakyat Malaysia adalah Facebook, Google, MSN, YouTube dan juga Mudah. Manakalah lima laman web tempatan yang paling aktif dilayari adalah Mudah, TheStar, MalaysiaKini, Harian Metro dan juga Lowyat.net. Beberapa blog juga turut tersenarai dalam 30 laman web tempatan paling popular, iaitu PaulTan.org pada kedudukan ke-15, OhBulan.com pada kedudukan ke-20, dan juga BeautifulNara.com pada kedudukan ke-26.

Pada masa yang sama, beberapa perkara menarik turut dikeluarkan pada laporan bulanan mereka, dimana kini ianya dilihat ketumpatan pengguna lelaki adalah lebih daripada pengguna perempuan, dimana secara purata laman-laman tempatan mempunyai 73.82% kunjungan pengguna berjantina lelaki. Pada masa yang sama, kumpulan pengguna yang menyumbangkan trafik paling banyak adalah mereka yang berumur antara 25-30 tahun.

Laporan penuh yang dikeluarkan oleh Malaysian Digital Association dan Effective Measure boleh dimuat-turun untuk dibaca dengan lebih lanjut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd