Setelah mengumumkan mengenai iOS 4.3 ketika pelancaran iPad 2 tempoh hari, hari ini, secara rasminya para pengguna perantian iOS boleh mengemas-kini perantian mereka untuk menggunakan sistem operasi versi terbaru ini yang membawakan pelbagai fungsi baru.
Melalui iOS 4.3, ianya membawakan versi baru pelayar web Safari, yang mana menjanjikan prestasi pelayaran yang lebih dua kali ganda lebih pantas daripada versi sebelumnya. Selain daripada itu, melalui iTunes Home Sharing, ianya membolehkan anda berkongsi lagu, video dan sebagainya daripada iTunes pada desktop anda terus kepada perantian anda dengan mudah. iOS 4.3 turut sama membawakan penambah-baikkan kepada AirPlay padanya.
Namun begitu, salah satu fungsi baru yang amat dinantikan adalah fungsi Personal Hotspot, membolehkan anda berkongsi talian dengan sehingga 5 peranti lain dengan mudah melalui WiFi.
Untuk mengemaskini sistem operasi peranti iOS anda, hanya perlu menyambungkannya kepada komputer dengan iTunes, dan klik pada Check For Updates pada aplikasi iTunes.