Tambah Baik Pemasangan WordPress Anda Dengan Jetpack

Tambah Baik Pemasangan WordPress Anda Dengan Jetpack

Diterbitkan pada Mac 10, 2011 oleh .

Mungkin ramai antara pengguna WordPress yang memasang sendiri pada server ingin menikmati pelbagai fungsi-fungsi yang terdapat pada WP.com. Menariknya, kini anda boleh, dimana Automattic telah pun memperkenalkan sebuah plugin khas untuk membolehkan perkara tersebut.

Melalui plugin Jetpack, ianya membolehkan para pengguna WordPress yang memasangnya sendiri pada server masing-masing untuk menikmati pelbagai fungsi menarik WP.com dengan mudah. Buat masa ini, dengan memasang plugin berkenaan, anda akan dapat akses tambahan kepada statistik, hovercard (Gravatar), butang kongsi kepada Facebook dan Twitter (Sharedaddy), widget khas Twitter, Latex untuk menyertakan persamaan Matematik dan banyak lagi.

Sebagai pengenalan, Automattic membawakan 8 fungsi menarik daripada WP.com dan banyak lagi akan diperkenalkan dari masa ke semasa. Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turunnya dan memasangnya secara percuma, sekaligus menikmati pelbagai fungsi menarik pada WP.com di blog anda dengan mudah.


TIPS & ULASAN