Ianya masih lagi tidak pasti adakah Chrome akan memperkenalkan logo baru ataupun tidak, tetapi projek sumber terbukanya, Chromium hari ini mula memperlihatkan logo baru pada versi pembangunan terkini mereka, mengantikan logo lama yang berbentuk 3D.
Logo Lama Dan Baru Chromium
Logo Chromium baru yang diperkenalkan adalah dalam bentuk 2D, dan masih lagi mengekalkan corak logo yang lebih kurang serupa seperti sebelumnya. Ianya masih lagi tidak diketahui mengapakah logo baru diperkenalkan.
Dengan pengenalan logo baru Chromium, mungkin tidak lama lagi kita akan dapat melihat logo baru untuk Google Chrome juga. Namun masih tiada informasi lanjut mengenainya buat masa ini.