Internet Explorer 9 Bakal Dilancarkan Pada 14 Mac

Internet Explorer 9 Bakal Dilancarkan Pada 14 Mac

Diterbitkan pada Mac 10, 2011 oleh .

Setelah memperlihatkan beberapa versi pembangunan sebelum ini, kini Microsoft secara rasminya mengumumkan yang mana pelayar web generasi baru mereka, Internet Explorer 9 kelak akan dilancarkan secara rasminya pada 14 Mac ini, kurang 4 hari dari hari ini.

Sebelum ini, ura-ura telah pun hangat memperkatakan yang mana Internet Explorer 9 akan dilancarkan pada 14 Mac. Versi pembangunan terakhir yang diperkenalkan oleh Microsoft kepada umum adalah IE9 RC pada 10 Februari yang lepas, dimana ianya telah pun dimuat-turun sebanyak lebih 36 juta kali sehingga kini.

Pengguna IE9 RC juga tidak perlu risau, memandangkan anda akan menerima kemaskini automatik untuknya pada pelancarannya kelak, memudahkan anda menaik-taraf pelayar web Internet Explorer anda. Mungkin juga kita akan dapat mendengar beberapa informasi berkaitan IE9 Mobile pada pelancarannya kelak.


TIPS & ULASAN