Google sering memperkenalkan pelbagai perkara baru pada aplikasi web mereka, GMail, dan terkini mereka memperkenalkan fungsi Smart Labels pada GMail Labs, membolehkan anda menguruskan emel dengan lebih mudah lagi.
Melalui fungsi Smart Labels, ianya memudahkan anda menguruskan lagi inbox anda, dimana anda boleh menumpukan perhatian yang lebih serius kepada emel-emel anda yang penting. Dengan mengaktifkannya, beberapa label baru akan dibuat secara automatik, termasuk Bulk, Notification, dan Forums.
Seperti nama-nama label tersebut, melalui Bulk, ianya akan menyenaraikan emel-emel berbentuk promosi dan langganan, Notifications pula akan menyertakan emel-emel berbentuk notifikasi dan berkaitan dengan akaun-akaun anda, manakala emel daripada kumpulan akan dilabelkan sebagai Forums.
Walaupun fungsi label telah sekian lama diperkenalkan, masih tidak ramai yang menggunakan perkara tersebut. Dengan fungsi Smart Labels ini, memandangkan ianya membuat pelbagai label secara automatik, semestinya akan menarik minat pelbagai pengguna baru dan sedia ada yang tidak menggunakan fungsi label di GMail.
Untuk mengaktifkannya, para pengguna hanya perlu ke tab Labs yang terletak pada bahagian Settings pada akaun GMail anda.