RockMelt Kini Boleh Digunakan Oleh Semua

RockMelt Kini Boleh Digunakan Oleh Semua

Diterbitkan pada Mac 10, 2011 oleh .

Setelah melancarkan RockMelt versi beta tertutup pada bulan November yang lepas, kini RockMelt versi penuh dilancarkan secara rasminya, membolehkan semua pengguna Windows dan Mac memuat-turunnya dan mencuba pelayar web sosial RockMelt.

RockMelt
Antaramuka Pelayar Web RockMelt Dengan Fungsi Sosial

RockMelt dibangunkan menggunakan Chromium sebagai asasnya, yang mana turut menguasai pelayar web kegemaran Google, iaitu Google Chrome. Menariknya mengenai RockMelt adalah dimana ianya menyertakan sekali pelbagai fungsi sosial yang mana anda boleh aksesnya dengan pantas terus melalui pelayar web anda tanpa perlu membuka laman-laman utamanya.

Melalui RockMelt, anda boleh mengikuti perkembangan rakan-rakan Facebook dan Twitter anda yang diperlihatkan dikiri dan kanan, selain turut mengintegrasikan RSS dan juga GMail, serta pelbagai aplikasi lain dengan mudah.

Kini, dengan pelancaran rasmi mereka, ianya akan membolehkan RockMelt bersaing dengan lebih sihat lagi dengan Flock, yang mana menawarkan perkara yang lebih kurang serupa dengannya.


TIPS & ULASAN