Versi Terakhir Pembangunan Firefox 4 Dilepaskan

Versi Terakhir Pembangunan Firefox 4 Dilepaskan

Diterbitkan pada Mac 10, 2011 oleh .

Mozilla kini telah pun melepaskan Firefox 4 RC iaitu dijangkakan merupakan versi terakhir sebelum Firefox 4 dilepaskan kepada umum. Ianya juga diperkatakan yang mana Firefox 4 RC ini sudah pun selesai semuanya, dan mungkin akan menjadi versi akhir kelak.

Menurut Mozilla, Firefox 4 RC ini membawakan kesemua kod yang akan dibawakan oleh Firefox 4 versi akhir. Namun begitu, mereka masih ingin mengujinya terlebih dahulu supaya versi akhir kelak tidak mempunyai sebarang masalah padanya.

Sebelum ini, Mozilla telah pun memperkenalkan sehingga lebih 12 versi beta untuk Firefox 4, dan melaluinya pelbagai masalah pepijat telah diatasi, selain turut sama membawakan kestabilan dalam pelayaran web.

Firefox 4 dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi. Namun sementara menunggunya, para pengguna boleh memuat-turun dan menguji Firefox 4 RC untuk Windows, Mac mahupun Linux.


TIPS & ULASAN