Cari @ Amanz

Ramai yang masih lagi menantikan kemaskini Windows Phone pertama, dengan nama kod NoDo. Kini ianya diperkatakan yang mana para pengguna Windows Phone akan mula menerimanya bermula daripada pertengahan kedua bulan Mac ini.

Melalui kemaskini NoDo, ianya bakal membawakan pelbagai peningkatan prestasi, disamping membawakan beberapa fungsi baru, termasuk kebolehan Copy/Paste. Ianya diura-urakan yang mana para pengguna mungkin akan menerima kemaskini NoDo pada 21 Mac ini. Namun Microsoft memperkatakan yang mana ianya dijangka akan dilancarkan pada pertengahan kedua bulan mac, tanpa memberikan sebarang tarikh spesifik.

Selain daripada NoDo, Microsoft juga dijangka bakal memperkenalkan kemaskini Windows Phone “Mango” yang mana dijangka akan membawakan pelbagai perkara baru. Kemaskini Mango ini dijangka akan dilancarkan sebelum berakhirnya tahun 2011 ini, walaupun sebelum ini diperkatakan akan diperkenalkan pada bulan September.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd