Cari @ Amanz

Seperti yang dinantikan, Oh! Media telah pun melancarkan radio atas talian mereka yang dibangunkan dengan kerjasama CGYNet pada 10 Mac seperti yang diperkatakan sebelum ini. Oh! Media juga turut memperkatakan yang mana mereka kelak akan membawanya kepada dunia radio frekuensi dalam sedikit masa lagi.

Buat masa ini, Oh! Media FM mempunyai seramai lima orang deejay yang bekerja sepenuh masa dalam membawakan pelbagai info dan muzik melaluinya. Oh! Media FM juga merupakan salah satu radio atas talian yang beroperasi sepenuh masa, 24 jam sehari, dimana para pengguna boleh mendengarkannya bila-bila masa dengan mudah.

Oh! Media juga kelak akan memperkenalkan blog teknologi pertama mereka tidak lama lagi, yang mana bakal memfokuskan kepada produk-produk keluaran Apple, disamping pada masa yang turut sama akan memperkenalkan blog yang ditujukan kepada dunia gamers.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd