Cari @ Amanz

Google kini membolehkan para pengguna menghalang hasil carian yang spesifik daripada diperlihatkan, sekaligus menjadikan enjin carian Google lebih bersifat peribadi disamping memperlihatkan keputusan yang lebih relevan lagi.

Kini, disamping pilihan untuk memilih “Cached” dan “Similar” pada hasil carian, Google turut memperlihatkan pilihan “Block all”, sekaligus membolehkan anda mengelakkan hasil carian daripada sesuatu domain itu dihalang, dan hanya memperlihatkan hasil carian yang dsukai anda sahaja.

Pada masa yang sama, setiap hasil carian yang diperlihatkan, turut akan memperlihatkan sebuah mesej dibahagian atas, memperkatakan berapakah hasil carian yang telah dihalang. Anda juga boleh menguruskan hasil carian yang dihalang oleh anda melalui dashboard khas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd