Cari @ Amanz

Buat masa ini, semestinya ramai yang sudah mengetahui mengenai tsunami yang melanda Jepun pada tengah-hari tadi. Selain daripada berita yang tersebar melalui laman-laman sosial, kini Google turut sama memaparkan mesej mengenainya pada halaman utama mereka.

Ianya mungkin salah satu usaha khidmat komuniti daripada Google, dimana mereka memaparkan amaran tsunami kepada negara-negara berkaitan, selain pada masa yang sama membolehkan para pengguna internet berwaspada dengan ancaman tsunami.

Seperti sedia maklum, Google merupakan salah satu laman web terkemuka dunia, dimana di Malaysia, Google merupakan laman kedua dilayari selepas Facebook. Dengan usaha sebegini daripada Google, sememangnya ianya akan memudahkan amaran ancaman disebarkan dengan lebih pantas melalui internet.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd