Nampaknya, kini Google telah pun mula menghentikan pemberian laptop CR-48 yang didatangkan dengan Chrome OS mereka, dan menariknya, pada masa yang sama turut memperkatakan perantian Chrome OS akan mula dijual bermula daripada pertengahan tahun ini.
Chrome OS merupakan salah satu sistem operasi berasaskan perkomputeran awan, dimana kebanyakkan data disimpan sepenuhnya pada server, dan tidak menggunakan ruangan pada cakera keras. Ura-ura berkenaan dengan pelancaran Chrome OS telah pun mula tersebar sejak tahun lepas, dan kini pihak Google sendiri telah mengesahkannya secara tidak rasmi.
Namun begitu, mungkin kita akan dapat melihat sedikit penambahan dan perubahan dari segi antaramuka pada versi akhir Chrome OS kelak.
@palmjeff Sorry we have shipped all units for now. Thanks for your interest and we will have partner devices out mid-year.