Adobe Flash Player 10.2 Untuk Android Pada 18 Mac Ini

Adobe Flash Player 10.2 Untuk Android Pada 18 Mac Ini

Diterbitkan pada Mac 12, 2011 oleh .

Selain daripada Adobe Flash 11 yang masih tidak diketahui bilakah akan dilancarkan kepada umum, Adobe juga telah mengumumkan suatu perkara yang menarik, dimana mereka akan melancarkan Adobe Flash Player 10.2 kepada para pengguna Android Froyo dan yang terkini pada 18 Mac ini.

Menariknya adalah Adobe Flash 10.2 juga akan diperkenalkan sebagai versi beta untuk para pengguna tablet Android Honeycomb, dan memerlukan kemaskini Android 3.0.1. Untuk menjayakan Adobe Flash untuk Android, Adobe telah bekerjasama bersama-sama dengan Google, dimana melalui kemaskini 10.2, ianya bakal membawakan beberapa perkara, termasuk sokongan hardware acceleration untuk video (H.264) yang disokong untuk Android 3.01 dan terkini, prestasi yang ditambah-baik untuk telefon pintar dan tablet, sokongan papan kekunci automatik dan banyak lagi.

Selain ditawarkan pada Android Market, Adobe Flash Player 10.2 untuk Android juga akan didatangkan kepada perantian Android melalui kemaskini atas-talian. Adobe juga pada masa yang sama menyediakan suatu halaman khas memperlihatkan perantian yang disokong olehnya.


TIPS & ULASAN