Sudahkah anda mencuba perkhidmatan soaljawab baru, AskGuru.my, yang mana memberikan jawapan terus ke telefon bimbit anda melalui SMS? Menariknya, kini khas untuk pembaca Amanz.my, pihak AskGuru.my menyediakan dua tiket penerbangan pergi-balik ke Pulau Pinang untuk tiga pemenang secara percuma dengan hanya melakukan beberapa perkara mudah sahaja.
Untuk memenangi tiket pergi-balik ke Pulau Pinang tersebut, para pengguna hanya perlu menguji laman soal-jawab tersebut, seterusnya memberikan maklumbalas anda berkenaan dengan perkhidmatan tersebut. Anda boleh membuat antara blog-post, ataupun menulis Facebook Notes (bagi yang tiada blog), ataupun meninggalkan komen dibawah (bagi yang tiada akaun Facebook). Tiga pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan maklumbalas mereka (peluang lebih tinggi diberikan kepada pengguna yang mengulasnya di blog mereka).
Peraduan ringkas ini akan berakhir pada pukul 6 pagi pada hari Isnin, 14 Mac, dimana anda mempunyai kurang daripada 8 jam untuk melakukannya. Pemenang akan diumumkan pada pagi esok.
AskGuru.my merupakan projek daripada MyInteractiveLab yang mana turut memperkenalkan Hired.my sebelum ini.
Tinggalkan pautan artikel tersebut pada komen dibawah untuk memudahkan kami merujuknya.