Carian
Rangkaian Sosial Google Circles Bakal Dilancarkan?
March 13, 2011 Aman

Selain memperkenalkan halaman profail baru-baru ini, kini Google diperkatakan bakal memperkenalkan perkhidmatan laman sosial terbaru mereka, dipanggil Google Circles. Menariknya adalah dimana ianya diperkatakan yang mana Google bakal memperlihatkan perkhidmatan sosial terbaru mereka dalam tempoh masa kurang 24 jam lagi.

Google Profail
Google Profail Yang Diperkenalkan Baru-baru Ini

Melalui Google Circles, ianya diperkatakan yang mana Google akan membolehkan para pengguna berkongsi gambar, video dan juga perkongsian mesej status. Ianya juga dijangka akan mesra pembangun, sama seperti produk-produk Google yang lain.

Ianya masih tidak diketahui samaada adakah ianya sesuatu yang baru, ataupun hanya penambahan beberapa perkara dan pengintegrasian Google Buzz dan lain-lain pada Google Profail. Sebelum ini, beberapa perkara berkaitan projek sosial daripada Google telah pun tersebar, termasuk toolbar baru mereka, yang mana telah pun mula digunakan sekarang ini.

Sebelum ini, Google telah mencuba beberapa kali melalui dunia sosial mereka, dan mungkinkah kali ini mereka berjaya? Sama-sama kita lihatnya.

Komen