Groupon Malaysia Menggunakan Platform Untuk Membantu Jepun

Groupon Malaysia Menggunakan Platform Untuk Membantu Jepun

Diterbitkan pada Mac 14, 2011 oleh .

Selain daripada usaha-usaha pihak swasta dan sebagainya, Groupon Malaysia turut sama menyertai usaha mengumpulkan dana untuk rakyat Jepun melalui laman kupon mereka, sekaligus menjadikan penggunaan laman mereka bukan sekadar untuk menikmati diskaun, selain pada masa yang sama turut membolehkan para penggunanya mendermakan wang kepada mereka yang memerlukan.

Melalui Groupon Malaysia, mereka menawarkan para penggunannya mendermakan sebanyak RM3 seorang, dimana angka tersebut akan digandakan dengan penambahan RM3, sekaligus menjadikan pendermaan sepenuhnya kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Jepun berjumlah RM6 seorang. Groupon Malaysia menjangkakan akan mengumpulkan dana sebanyak sehingga RM25,000, dan 100% daripada pendermaan tersebut akan disalurkan terus kepada Jepun melalui Persatuan Bulan Sabit Malaysia.

Jepun menghadapi gempa-bumi dengan skala rikter 8.9 pada Jumaat lepas, mengakibatkan Jepun dilanda Tsunami setinggi 30-kaki, sekaligus menjadikannya antara bencana yang paling teruk didunia. Sehingga kini, angka kematian mencecah 1,700 dengan lebih 10,000 masih dilaporkan hilang.


TIPS & ULASAN