Facebook dijangka bakal menguji sebuah perkhidmatan baru yang diinspirasikan daripada Groupon, dimana melaluinya mereka akan memberikan pelbagai diskaun menarik kepada para pengguna. Perkhidmatan baru ini kelak dijangka akan menjadi sebahagian daripada Facebook Deal yang pernah diperkenalkan sebelum ini.
Melalui perkara baru ini, Facebook akan bekerjasama bersama-sama dengan pelbagai perniagaan dalam memperlihatkan sesuatu tawaran menarik, dan pada masa yang sama mengalakkan para pengguna berkongsinya dengan rakan-rakan mereka yang lain.
Buat masa ini, Facebook Deals berfungsi dengan Facebook Places, yang mana memerlukan para pengguna ke sesuatu lokasi berdekatan untuk melihat perkara yang ditawarkan. Mungkin perkhidmatan baru ini kelak akan mengubah serba sebanyak konsep tersebut.
Ianya masih lagi tidak diketahui bilakah Facebook Deals dan Places akan dilancarkan secara rasminya di Malaysia.