Carian
Google Chrome Turut Mendapat Kemaskini Logo
March 14, 2011 Aman

Setelah Chromium mendapat logo baru, kini Google Chrome turut sama mendapat kemaskini logo mereka, bersama-sama dengan untuk logo Chrome Web Store. Dengan perkembangan ini, mungkin kita akan dapat melihat kemaskini logo untuk semua produk Chrome seawal Google Chrome 11 kelak.


Perbandingan Logo Baru (Kiri) dan Logo Lama (Kanan)

Logo baru untuk Chrome ini didapati melalui kemaskini pembangunan terkini Chrome OS. Sama seperti untuk Chromium, kini ianya lebih mengetengahkan logo dalam dua dimensi, sekaligus menjadikan lebih ringkas dan kemas berbanding sebelumnya.

Ianya masih lagi tidak diketahui mengapakah perubahan logo ini dilakukan oleh pihak Google. Adakah ianya menandakan yang mana Chrome OS sudah menghampiri versi stabil pertama ataupun adakah Google mempunyai perancangan lain dengan pengenalan logo baru ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Google mengenai perubahan logo ini.

Komen