Blogger Bakal Memperkenalkan Antaramuka Dashboard Baru

Blogger Bakal Memperkenalkan Antaramuka Dashboard Baru

Diterbitkan pada Mac 15, 2011 oleh .

Blogger (atau lebih dikenali sebagai Blogspot) merupakan salah satu platform blog yang paling popular didunia, dimana sehingga kini terdapatnya lebih separuh billion artikel padanya, dengan lebih 400 juta pembaca aktif. Dan untuk terus menjadi platform pilihan, kini Google telah pun memperlihatkan pelbagai perkara baru yang akan diperkenalkan pada Blogger.

Salah satu perkara utama adalah dimana Blogger kelak akan membawakan antaramuka dan rekabentuk baru yang serba kemas dan menarik. Antaramuka generasi baru ini turut sama menggunakan Google Web Toolkit, membawakan teknologi web yang serba baru kepada para penggunanya.


Antaramuka Dashboard Blogger Yang Baru


Menulis Artikel Kini Pada Blogger Dengan Lebih Mudah Dan Tenang

Selain daripada antaramuka dashboard yang baru, Google juga turut sama dijangka akan memperkenalkan teknologi baru untuk memudahkan anda membaca artikel-artikel berkaitan dengan lebih mudah, berdasarkan kepada apa yang sedang anda baca.

Sepanjang tahun 2011 juga, Google dijangka memperkenalkan lebih banyak fungsi-fungsi menarik, sekaligus mengekalkan platform blog mereka sebagai antara yang paling popular didunia.


TIPS & ULASAN