Tahukah anda, selain daripada BizSpark dan BPOS, Microsoft turut sama menyediakan sebuah platform khas untuk para pengusaha dan perniagaan kecil dan sederhana, dimana melalui tawaran khas, mereka boleh mengurangkan kos operasi mereka, terutamanya yang berkait rapat dengan IT dan perkomputeran.
Melalui portal CBC (Customer Business Centre), Microsoft membantu para pemilik perniagaan kecil dan sederhana, dalam memenuhi keperluan IT mereka. Melaluinya, mereka boleh membeli lesen untuk produk-produk Microsoft, melihat dan mempelajari tutorial-tutorial dalam mengendalikan produk-produk Microsoft, serta mengetahui pelbagai berita-berita terkini dan promosi baru daripada pihak Microsoft.
Aplikasi dan Perisian IT Pada Harga Murah
Selain daripada sistem operasi Windows dan juga perisian pejabat, Microsoft Office, beberapa perkara lain yang berguna untuk perniagaan, seperti Microsoft Dynamics CRM (untuk pengurusan pelanggan), Windows Small Business Server, BizTalk Server, Expression Studio dan banyak lagi boleh didapati melaluinya pada harga yang amat murah sekali.
Anda juga turut sama boleh meminta harga untuk pembelian lesen dalam kuantiti yang banyak, sekaligus pada masa yang sama mengurangkan kos pelesenan anda, dan masih menikmati pelbagai fungsi yang sama.
Dapatkan Promosi Dan Berita Microsoft CBC Terkini
Bagi yang masih dalam perancangan, anda boleh melanggan Business Advantage Newsletter pada laman Microsoft CBC dan menerima pelbagai kemaskini-kemaskini terkini daripada Microsoft, selain pada masa yang sama menerima promosi berkaitan terus ke alamat emel anda.