Cari @ Amanz

IEHari ini, Microsoft telah pun melancarkan pelayar web mereka generasi baru, Internet Explorer 9 yang mana membawakan rekabentuk antaramuka serba baru, beserta pelbagai fungsi-fungsi baru serta sokongan standard web yang terkini.

Internet Explorer 9 hanya menyokong sistem operasi Windows Vista dan Windows 7 sahaja buat masa ini. Internet Explorer 9 turut sama membawakan sokongan hardware acceleration, serta juga perlindungan daripada dikesan, serta prestasi pelayaran yang lebih bagus daripada sebelumnya.

Sekiranya anda telah sedia memasang IE9 RC atau Beta, anda akan ditawarkan dengan kemaskini kepada versi akhir tidak lama lagi melalui Windows Update. Bagi yang tidak memasangnya sebelum ini, anda boleh memuat-turun pelayar web terbaru daripada Microsoft ini secara percuma dan mula menggunakannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd