Cari @ Amanz

Sejak tweet pertama dihantar pada 21 Mac 2006, pelbagai perkara telah dicapai oleh Twitter, yang mana kini telah menjadi antara medium komunikasi utama didunia. Menariknya, hari ini, pihak Twitter sendiri berkongsi beberapa angka menarik yang mana berkait dengan perkhidmatan Twitter.

  • Sejak tweet pertama dihantar, ianya telah mengambil masa selama 3 tahun, 2 bulan, 1 hari untuk tweet yang ke 1 billion dicapai. Berbeza dengan kini, yang mana ianya hanya mengambil masa selama 1 minggu untuk lebih 1 billion tweet dihantar oleh penggunanya.
  • Setahun yang lalu, angka purata tweet dihantar sehari adalah 50 juta. Bulan lepas, angka purata tweet yang dihantar oleh para pengguna Twitter adalah 140 juta sehari. Pada 11 Mac 2011 sahaja, sebanyak 177 juta tweet telah dihantar.
  • Sebanyak 456 tweet sesaat telah dihantar ketika kematian Michael Jackson pada 25 Jun 2009. Kini, rekod tweet sesaat yang paling banyak adalah ketika tahun baru 2011, dimana lebih 6939 tweet sesaat telah dicatatkan selepas 4 saat menjelang tahun baru di Jepun.
  • Sebanyak lebih 572,000 akaun baru telah dibuat pada 12 Mac 2011 (sehari selepas gempa bumi di Jepun). Pada bulan lepas, secara puratanya lebih 460,000 akaun baru dibuat pada Twitter setiap hari.
  • Sepanjang tahun lepas, peningkatan pengguna perantian mudah-alih telah meningkat sebanyak lebih 182%.
  • Kini Twitter mempunyai sebanyak 400 pekerja berbanding dengan hanya 8 orang pekerja ketika Januari 2008.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd