Cari @ Amanz

Maxis Membawakan Kandungan Internet Ke TV Melalui Maxis Home

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan kini semua televisyen menyokong internet, dan memudahkan para pengguna mengakses internet diruang tamu, Maxis turut sama tidak ingin ketinggalan, dengan memperlihatkan perantian baru mereka, Maxis Home.


Maxis Memperlihatkan Maxis Home [via]

Melalui Maxis Home, ianya membawakan pelbagai kandungan internet terus kepada kaca televisyen anda dengan mudah. Ianya berupa sebuah kotak kecil, yang mana membolehkan kandungan internet diperlihatkan pada kaca televisyen anda.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui apakah pelan dan pakej yang akan ditawarkan oleh Maxis untuk Maxis Home ini. Berkemungkinan besar, kelak Maxis Home akan diintegrasikan bersama-sama dengan Maxis TV.

Kami telah menghubungi pihak Maxis berkaitan dengannya, dan akan kemaskini apabila lebih banyak info berkenaan didapati.


Komen ()